MY FIRST ESSAY IN UNIVERSITY 💀(我还活着..)
1.0 Pengenalan
Belakangan ini,
setengah juta rakyat Malaysia telah mengorbankan nyawa disebabkan oleh
kemalangan jalan raya. Menurut Pawan (2014), kes kemalangan jalan raya telah dianggar
meningkat daripada 1.3 juta orang pada tahun 2010 kepada 1.9 juta pada tahun
2020.
Namun begitu,
Malaysia disenaraikan sebagai negara yang mempunyai bilangan kematian ketiga
tertinggi di rantau ASEAN dan benua Asia pada tahun 2016 (Lum, 2019). Menurut WHO
(2018), Malaysia dilaporkan mempunyai 7152 kes kematian setakat Disember 2016,
di mana 87% ialah lelaki manakala 13% ialah perempuan. Menurut Ismail (2017),
Kajian Bhat telah mendapati beberapa punca yang menyebabkan kemalangan jalan
raya, iaitu termasuk usia muda yang gagal memakai tali pinggang keledar,
memandu dalam pengaruh alkohol dan dadah, keadaan jalan raya, tidak mempunyai
lesen memandu yang sah dan sikap memandu yang agresif.